Home Ekonomi Bantuan GKP 4.0 mula disalurkan Selasa ini.

Bantuan GKP 4.0 mula disalurkan Selasa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro, dengan menyalur bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) mulai Selasa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, bantuan yang akan meringankan beban kewangan dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar akan memberi manfaat kepada lebih sejuta PKS mikro.

“Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500).

“Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi
kewangan sebanyak RM500 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September ini melalui portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

Menurut Ismail Sabri, secara keseluruhan jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP semenjak Covid-19 melanda negara adalah
RM6.08 bilion.

Berikutan itu, Perdana Menteri berharap bantuan tersebut dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia. – MalaysiaGazette