Home Nasional 77.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

77.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid melihat orang ramai menerima suntikan vaksin ketika hadir ke perasmian pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi sektor peruncitan ketika di Menara KK Maju Link, Bandar Tasik Selatan. Foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 18,135,561 individu atau 77.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 92.9 peratus atau 21,861,904 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 238,002 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 162,016 dos pertama dan 75,986 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 39,923,416 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.- BERNAMA