Home Dunia Kabel USB tersangkut dalam zakar remaja

Kabel USB tersangkut dalam zakar remaja

Imbasan Sinar-X menunjukkan kabel USB yang tersangkut di dalam zakar seorang remaja ketika cuba mengukur saiznya dalam kejadian di London. :Kredit DailyStar.co.uk.

LONDON – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang berusaha mengukur panjang zakarnya dengan memasukkan wayar USBĀ  di dalam alat sulitnya mengundang padah.

Kabel berkenaan akhirnya tersangkut dalam zakar.

Semasa kejadian, mangsa disyaki telah memasukkan kabelĀ  berkenaan ke dalam zakarnya bagi menentukan saiz alat sulitnya.

Nasib mangsa yang tidak dinamakan identitinya berakhir dengan penyelesaian apabila terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kabel itu.

Terdahulu, remaja berkenaan dikatakan telah beberapa kali mencuba untuk mengeluarkannya sendiri tetapi mengakibatkan dia membuang air kencing bercampur darah.

Keluarganya yang menyedari insiden membawa mangsa merujuk ke hospital untuk rawatan.

Namun kakitangan hospital gagal menarik keluar wayar USB berkenaan menggunakan alat khas kerana ia berada dalam kedudukan rumit.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Kolej Universiti London segera untuk rawatan susulan.

Kabel USB yang berjaya dikeluarkan dari zakar remaja oleh pakar bedah dalam kejadian baru-baru ini di London.Kredit DailyStar

Mangsa meminta para doktor memberikan rawatan tanpa ibunya berada di sisi sebelum menceritakan kepada pegawai perubatan yang dia telah memasukkkan kabel berkenaan ke dalam zakar selepas meragui kekuatan fizikalnya untuk melakukan seks dengan teman wanitanya.

Selepas proses imbasan sinar-X mendapati posisi dan saiz sebenar kabel berkenaan dan kemudian dihantar ke bilik pembedahan untuk mengeluarkannya.

Pakar bedah terpaksa memotong kulit otot di sekeliling zakar dan skrotum sebelum mengeluarkan kabel tersebut.

Mangsa terselamat tanpa sebarang komplikasi pembedahan dalam zakar sebelum dibenarkan keluar hospital keesokan harinya.

Walaupun berjaya menjalani pembedahan tanpa komplikasi, pakar perunding andrologis, Dr.Amr Raheem memaklumkan mangsa selamat menjalani pembedahan namun ada masalah membuang air kencing di masa akan datang.

“Apabila kamu memasukkan sebarang alat di dalam badan yang tidak disteril, ia akan mengakibatkan jangkitan tisu yang mungkin menjadi serius khususnya untuk orang yang kurang berimuniti dalam keadaan kencing manis,” katanya.-Dailystar.co.uk