Home Nasional MPAJ, bomba siasat kejadian tanah runtuh Kemensah Heights

MPAJ, bomba siasat kejadian tanah runtuh Kemensah Heights

Keadaan sekitar lokasi kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga yang mendiami 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kemensah Height, Selangor. Foto SYAFIQ MABAK, 18 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) masih menjalankan siasatan lanjut kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights dekat sini hari ini.

Dua laluan akses ke kawasan berlakunya kejadian tanah runtuh menyebabkan sebanyak 19 rumah teres dua tingkat terjejas teruk selepas hujan lebat semalam telah disekat untuk kegunaan awam.

Anggota polis melakukan kawalan di sekitar lokasi kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga yang mendiami 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Kemensah Height, Selangor. Foto SYAFIQ MABAK, 18 SEPTEMBER 2021.

Tinjauan mendapati polis juga telah memasang pita kuning larangan masuk di kedua-dua laluan.

Difahamkan, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari jugaakan melawat dan meninjau lokasi kejadian tanah runtuh berkenaan hari ini.

Sebanyak 27 keluarga yang terjejas telah diarahkan keluar dari lokasi dan dipindahkan segera oleh bomba ke tempat lain buat sementara waktu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tanah runtuh di Kemensah Heights dipercayai akibat aliran air bawah tanah