KUALA LUMPUR – Tujuh orang remaja yang terperangkap di Sungai Kedondong, Batang Kali akibat arus deras diselamat pasukan bomba dan penyelamat malam tadi.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan penyelamat, Kamil Hamadan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.27 malam.
“Laporan awal mengatakan sembilan orang lelaki remaja yang mana dua masing-masing 16 dan 18 tahun dan tujuh lagi berusia 20 tahun terlibat dalam aktiviti merentas sungai dan hiking di kawasan tersebut.
“Namun dua orang sahaja dikatakan berjaya melepasi sungai kerana terjadi fenomena kepala air secara tiba-tiba.
“Ia telah mengakibatkan tujuh orang remaja lagi terperangkap di tengah sungai itu dan tidak dapat menyeberangi sungai air deras itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Kamil, arus deras disusuli kepala air menyukarkan -remaja remaja untuk menyeberangi sungai hingga ketibaan pasukan bomba yang membawa mereka ke seberang sungai itu. -MalaysiaGazette