JAKARTA – JAKARTA: Pasukan keselamatan Indonesia telah membunuh pemimpin kumpulan militan Mujahidin Indonesia Timur (MIT), yang mempunyai hubungan dengan IS.
Operasi bersama oleh anggota tentera dan polis itu telah membunuh Ali Kalora dalam kejadian tembak-menembak di sebuah kampung di pulau Sulawesi pada Sabtu petang, menurut satu kenyataan polis.
Seorang militan lain, yang dikenali sebagai Jaka Ramadhan, juga dikenali sebagai Ikrima, juga ditembak mati.
Polis berkata, pihaknya masih memburu empat lagi anggota MIT yang lain.
Bahan letupan, senapang M16 dan dua parang dijumpai, bersama dengan bukti lain selepas serangan itu.
Kalora mengambil alih sebagai pemimpin MIT setelah pasukan keselamatan membunuh ketua sebelumnya, Santoso, pada tahun 2016.
Pihak berkuasa percaya MIT berada di belakang pembunuhan kejam empat penduduk kampung di Sulawesi tengah pada November 2020, walaupun kumpulan itu tidak mengaku bertanggungjawab.
Bekas pemimpinnya Santoso pernah menjadi militan paling dikehendaki di Indonesia.
Santoso adalah salah satu militan pertama Indonesia yang setia kepada IS.
Pada bulan lalu, polis menahan 53 orang militan yang dipercayai merancang untuk melakukan serangan pada Hari Kemerdekaan Indonesia. – BBC