Home Sukan De Gea tebus badi gagal selamatkan 41 sepakan penalti

De Gea tebus badi gagal selamatkan 41 sepakan penalti

David De Gea. Foto Manchester Evening News.

LONDON – Penjaga gol Manchester United David de Gea akhirnya menebus badi gagal menyelamatkan sepakan penalti selepas 41 percubaan sejak musim 2015-2016 di Liga Perdana Inggeris, lapor Daily Mail.

Kali ini, penjaga gol Sepanyol itu menepis sepakan pemain West Ham, Mark Noble di akhir permainan untuk memastikan kemenangan 2-1 pasukannya di Stadium London, malam tadi.

The Hammers mendapat penalti selepas oleh  pengadil Martin Atkinson dalam masa kecederaan.

Pengendali West Ham David Moyes pantas membawa masuk kapten pasukan Noble untuk mengambil sepakan tetapi diselamatkan De Gea.

Noble mempunyai rekod sepakan penalti cemerlang sebelum ini manakala De Gea pula sudah lama tidak menyelamatkan sepakan penalti.

Noble sebelum ini menyempurnakan 27 daripada 31 sepakan penalti Liga Perdana sebelum aksi berkenaan dan mempunyai 87 peratus kejayaan dalam sepakannya.

Paling mengecewakan ialah kegagalannya menyekat Villarreal dalam penentuan penalti pada final Liga Europa musim lalu sebelum dia sendiri gagal menyempurnakan sepakan.

Kali terakhir dia menyelamatkan sepakan penalti ialah pada April 2016 di mana dia menafikan sepakan penyerang Everton Romelu Lukaku.

De Gea menanti tujuh tahun untuk menyelamatkan sepakan penalti Liga Perdana selepas kali terakhir dia menafikan sepakan pemain Everton Leighton Baines pada Oktober 2014. – MalaysiaGazette