Home Seni Hidup Remaja kena ambil tahu kebaikan vaksin Covid-19

Remaja kena ambil tahu kebaikan vaksin Covid-19

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Remaja berusia 12 hingga 17 tahun tidak sepatutnya hanya bergantung dengan maklumat yang tidak sahih disebarkan menerusi media sosial tentang vaksin Covid-19.

Sebaliknya menurut seorang pelajar,, Husnaa Kader Ridzwan, 17, rakan sebayanya yang lain perlu banyak membaca dengan menjadikan laman-laman sesawang rasmi kerajaan sebagai rujukan utama untuk mengetahui kebaikan imunisasi.

Husnaa Kader Ridzwan. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.

“Saya rasa umur sebaya saya kurang membaca tentang vaksin jadi perlu rujuk kepada laman rasmi atau rujuk kepada doktor pakar kalau ada keraguan terima vaksin supaya kita tahu apa manfaatnya.

“Bukan hanya dengan tengok di media sosial yang banyak sekarang tidak sahih kebenarannya,” katanya.

Husnaa antara pelajar bawah 18 tahun yang menerima vaksin hari ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8(1) di sini hari ini.

Husnaa kini lega kerana tidak lagi menjdi satu-satunya dalam keluarga yang tidak divaksin.

Para pelajar yang hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech kepada pelajar sekolah sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.

Pelajar itu juga tidak sabar untuk menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka.

“Saya tidak sabar sebenarnya nak dapat vaksin. Saya bersyukur bila dapat tahu bawah umur 18 tahun sudah boleh terima vaksin.

“Bila lihat semua ahli keluarga saya sudah terima vaksin kecuali saya sudah tentu saya rasa tidak sabar nak dapat juga sebab susah nak dine in sekarang kalau tidak lengkap vaksin. Lepas ni nak ke sekolah rasa selamat jugalah berbanding langsung tidak vaksin,” ujarnya.

Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer BioNTech kepada pelajar sekolah sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.

PICK Remaja merupakan hasil kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pendidikan, demi memastikan pelajar  seluruh negara divaksin sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2022.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, Muhammad Ihsan Syafiqin Idris,17, pula mengaku rasa takut pada mulanya untuk menerima vaksin.

Muhammad Ihsan Syafiqin Idris. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.

Namun, beliau semakin teruja apabila memikirkan dirinya akan lebih terlindung daripada Covid-19 selepas divaksin.

Tambah Muhammad Ihsan, banyak aktiviti yang akan dapat dilakukannya selepas ini.

“Saya rasa gemuruh pada mulanya sebab saya antara terawal terima vaksin dalam kalangan rakan-rakan saya. Selepas itu saya rasa sangat lega gembira sebab lepas ini saya boleh lkukan aktiviti harian saya bersukan dengan rakan-rakan belajar berkumpulan dan lepak dengan rakan-rakan,” katanya.

Begitu juga dengan Siti Rushdatun Zahrah, 17, yang berharap semua rakan sebayanya akan mengambil keputusan yang sama dengan dirinya untuk mengambil vaksin sebagai salah satu ikhtiar perlindungan diri dari pandemik.

Siti Rushdatun Zahrah. Foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2021.

“Saya antara dalam keluarga yang masih belum terima vaksin, jadi sekarang saya sangat gembira tapi dalam masa yang sama akan teruskan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang perlu dan ditetapkan untuk terus terhindar dari Covid-19,” kata pelajar sekolah menengah itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sasar 60 peratus remaja terima dos pertama menjelang November – KJ