Home Seni Hidup Golongan terjejas sentiasa jadi perhatian Spritzer

Golongan terjejas sentiasa jadi perhatian Spritzer

Seorang kanak-kanak Orang Asli meneguk air mineral yang disumbangkan Spritzer.

KUALA LUMPUR – Spritzer Malaysia menyumbang bantuan bernilai lebih RM60,000 yang diagihkan menerusi badan-badan bukan kerajaan, bank makanan dan restoran.

Bantuan itu diagihkan kepada kepada golongan yang tidak bernasib baik ketika pandemik Covid – 19 ini.

Selain aktiviti sumbangan, syarikat pengeluar air mineral semula jadi ini berterusan menyokong inisiatif dan program jangkauan masyarakat yang menyasar kumpulan yang  terjejas teruk.

Spritzer dalam kenyataan berkata, sumbangan ini cukup bermakna kepada Spritzer bersempena sambutan ulang tahun penubuhan ke-32 hari ini.

“Kaedah terbaik untuk meraikan satu lagi pencapaian korporatnya ialah dengan meneruskan komitmen untuk menyokong pelbagai lapisan masyarakat rakyat Malaysia khususnya mereka yang telah terpinggir di dalam masyarakat dan kekurangan barangan keperluan seperti makanan, tempat berlindung atau air minuman yang selamat,” kata Spritzer.

Spritzer menyedari pandemik ini begitu berat kesannya terhadap golongan berpendapatan rendah, masyarakat Orang Asli, gelandangan dan penduduk luar bandar.

Syarikat ini telah meningkatkan program jangkauan masyarakatnya pada April 2021 menerusi kerjasama dengan badan bukan kerajaan iaitu membekalkan mereka bantuan dalam bentuk air minuman bersih ketika gelombang ketiga pandemik Covid-19 melanda. – MalaysiaGazette