KUALA LUMPUR – Kelab Sri Pahang FC mula mengorak langkah ke hadapan apabila sedang mempertimbangkan cadangan untuk membina sebuah pusat latihannya sendiri di Kuantan.
Perkembangan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Sufian Awang melalui laman Facebook rasmi Sri Pahang .
Menurut beliau, pembinaan pusat latihan ini sebagai salah satu insentif bagi menyuntik nafas baharu seiring usaha meningkatkan lagi kualiti dan prestasi pasukan terutamanya barisan pemain.
Sebelum ini, Sri Pahang dikritik hebat oleh bekas jurulatih baharu dari Amerika Syarikat, Thomas Dooley beberapa bulan lalu.
Ketika ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kemudahan latihan berkelas dunia dan mempunyai pusat perubatan sendiri. Mereka turut menambah peralatan baharu dan kepakaran untuk memastikan setiap pemain skuad Harimau Selatan berada pada tahap optimum. – MalaysiaGazette