Home Nasional Empat PKPD di Pahang dan Sabah

Empat PKPD di Pahang dan Sabah

PKPD di Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang akan dilanjutkan bermula Sabtu ini sehingga 3 Disember depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Empat lagi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pahang dan Sabah.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, dua kawasan di Pahang iaitu Rumah Pangsa Jalan Karak, Mentakab dan Perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, Mukim Ulu Jelai.

Sementara itu, dua kawasan di Sabah turut dilaksanakan PKPD iaitu di Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau dan Base Camp Bornion di Keningau.

“PKPD di keempat-empat kawasan itu akan berkuatkuasa Ahad ini sehingga 9 Oktober depan,” jelas Rodzi.

Dalam pada itu, dua lagi PKPD di Pahang iaitu di Pos Sinderut, Mukin Ulu Jelai di Lipis dan dua perkampungan Orang Asli di Temerloh dilanjutkan sehingga 9 Oktober depan.

Kedua-dua PKPD itu sepatutnya ditamatkan esok.

Tambah Rodzi, tiga lagi PKPD iaitu masing-masing satu di Pahang, Perak dan Sabah akhirnya ditamatkan esok seperti dijadualkan.

Ketiga-tiga PKPD itu adalah PKPD Felda Keratong 5, Rompin, Pahang; PKPD Kampung Ulu Groh Kampar, Perak dan PKPD Kampung Kopungit, Kota Kinabalu Sabah. – MalaysiaGazette