
KUALA LUMPUR – Setakat jam 6 petang tadi, kerja-kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point masih lagi giat dijalankan dan berada pada tahap 70 peratus.
Kerja-kerja dijangka siap sepenuhnya pada jam 10 malam ini dan bekalan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada kawasan yang terjejas.
Air Selangor berkata, berikutan itu kerja-kerja dijangka siap lebih awal, maka pemulihan bekalan air sepenuhnya juga dijangka lebih awal iaitu 10 malam esok. – MalaysiaGazette