Home Nasional Semua harga naik, fahamilah nasib penternak – FLFAM

Semua harga naik, fahamilah nasib penternak – FLFAM

KUALA LUMPUR – Pengguna perlu memahami keadaan penternak apabila berlaku kenaikan harga ayam yang mendadak ketika ini.

Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Datuk Jeffrey Ng berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda, keadaan sudah tidak sama.

“Ramai tahu dua punca kenaikan ini adalah disebabkan dedak dan anak ayam. Dedak ini diimport dari Amerika Syarikat selepas China menghadapi krisis Covid-19 yang teruk.

“Dengan kenaikan itulah, semuanya berubah. Sebagai pengguna, anda harus memahami nasib penternak juga,” katanya ketika menjadi tetamu program SKOP MG malam ini dengsn tajuk Mahalnya Ayam Sekarang! Peniaga atau pemborong? Di Mana Kuasa Pengguna’.

Beliau berkata, harga jagung peringkat global juga naik sehingga 78 peratus.

“Harga naik, pengilang tanggung rugi dan penternak rugi.

“Selain itu, ubat-ubat untuk ayam juga naik 30 hingga 40 peratus dan itu menyebabkan kos ternakan ayam yang tinggi,” katanya lagi yang berharap satu hari nanti harga dedak akan turun.

Jelasnya, sebagai penternak, mereka hanya mahu menjual ayam yang sihat walaupun harga dedak mahupun anak ayam sudah meningkat  di peringkat awal.

“Dedak dan anak ayam  bergantung kepada permintaan. Kita tak mahu jual terlalu mahal tetapi hanya mahu semua orang beli ayam.

“Sampai waktu kita hanya nak jual sahaja. Kalau tunggu lama (ayam disimpan) kita akan rugi.

“Penternak mahu cepat supaya kita boleh proses ayam lain pula,” katanya.

Jelasnya, sebagai penternak, mereka mahu mencari rezeki, jauh sekali menyusahkan mana-mana pihak.

“Kita mahu jual ayam yang sihat untuk orang makan,” katanya.

Harga ayam yang naik mendadak sejak awal September lalu telah mengejutkan para pengguna. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ayam mahal, ikan pun mahal dan daging lagi lah mahal..jadi rakyat nak makan lauk apa. Selepas ini semua lauk akan jadi makanan orang yang ada-ada aje.

Comments are closed.