KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita ditemui terapung di Sungai Batang Kali, Jalan Batang Kali – Genting, hari ini.
Lokasi ini juga berdekatan dengan kawasan perkhemahan dikenali sebagai Rimba Kali Camp Site.
Mayat yang belum dapat dikenal pasti identitinya ditemui dalam keadaan terapung dan tersangkut di dahan pokok di dalam sungai berkenaan.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, penemuan mayat telah dilaporkan oleh orang awam kepada pihak polis.
Bomba kemudian dihubungi untuk membantu polis menaikkan mayat mangsa.
“Kita ada menerima makluman perkara itu pada jam 1.11 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi untuk membantu.
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. -MalaysiaGazette