Home Nasional Dua parah kereta dipandu terlibat kemalangan

Dua parah kereta dipandu terlibat kemalangan

Salah seorang mangsa yang cedera diberi bantuan oleh anggota bomba di lokasi kejadian. Gambar: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Dua individu mengalami cedera parah selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga, Kampung Napi, jalan menghala Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, pagi ini.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mangsa Rosnah Bahar, 69, yang memandu kereta jenis Mercedes Benz tersepit di bahagian tempat duduk penumpang.

Seorang lagi mangsa Rosli Jamal, 40, yang memandu kereta jesnis Proton Wira mengalami kecederaan patah kaki kanan.

Menurut jurucakap tersebut, pihaknya tiba di lokasi kejadian pukul 8.27 pagi sejurus menerima panggilan daripada orang awam.

Terdapat lima mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dengan masing-masing berusia 22 hingga 79 tahun.

Ujarnya, dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan manakala, seorang lagi tidak cedera.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, insiden tersebut telahpun dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan. – MalaysiaGazette