Home Seni Hidup Azmi Saat bergelar bapa selepas 10 tahun

Azmi Saat bergelar bapa selepas 10 tahun

Foto Instagram Azmi Saat.

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat akhirnya bergelar bapa selepas isteri tercintanya, Naziah Muhammad selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, semalam.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, penyanyi lagu popular Tulus itu berkongsi khabar gembira berkenaan dengan memuat naik satu gambar dia bersama bayinya.

Menurut Azmi, dia menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana penantian mereka selama sepuluh tahun untuk menimang anak akhirnya dimakbulkan Allah.

“Alhamdulillah, jam 9:09 pagi tadi (semalam), anak sulung saya telah selamat lahir ke dunia. Urusan pembedahan berjalan lancar.

“Macam-macam perasaan ada bila pertama kali terdengar suara bayi. Syukur ya Allah. Moga saya dapat menjadi ayah yang baik.

“Terima kasih atas doa kalian yang tidak putus-putus buat kami sekeluarga,” kongsinya di Instagram.

Azmi dan Naziah mendirikan rumah tangga pada 2011. – MalaysiaGazette