KUALA LUMPUR – Pelakon, Ashraf Muslim kehilangan ayah tercinta yang meninggal dunia hari ini selepas berjuang melawan Covid-19 tahap lima.
Menerusi hantaran di Instagram miliklnya, Ashraf memberitahu ayahnya, Muslim Bulat meninggal dunia pada pukul 6.37 pagi tadi.
“Assalamualaikum semua , hari ini hari yang paling sedih . . . Ayah dah meninggal kan kami dalam keadaan yang baik dan tenang . . Mungkin itu yang terbaik untuk dia, sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.
“Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup , kalau ada hutang hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya,” tulisnya.
Muslim disahkan dijangkiti Covid-19 tahap lima pada 17 September lalu dan dirawat di pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor. – MalaysiaGazette