LONDON – Juan Mata dilaporkan sedang mempertimbangkan masa depannya bersama Manchester United disebabkan kekurangan masa bermainnya sejak musim lalu.
Pemain tengah itu telah berada dalam kesebelasan utama United ketika United tewas 0-1 kepada West Ham di Piala Carabao.
Namun dia tidak tersenarai dalam pemain simpanan United ketika perlawanan menentang Aston Villa.
Pemain berusia 33 tahun yang akan mengakhiri kontraknya pada hujung musim ini boleh melakukan perbincangan dengan mana-mana pasukan untuk perpindahannya itu pada Januari depan.
Laporan daripada Manchester Evening memberitahu yang Mata bersedia meninggalkan United sebelum kontraknya berakhir.
Mata akan berusia 34 tahun pada April tahun depan dan telah menyertai United pada tahun 2014 serta membuat 274 penampilan bersama United.
Kontraknya telah disambung pada musim ini selepas pengurus Ole Gunnar Solskjaer mahu menggunakan pengalamannya kepada pasukan.
“United kini dibarisi oleh pemain-pemain muda dan saya sedang memikirkan mengenai perkara tersebut. Kita sememangnya akan menghadapi situasi sebegini pada awal dan akhir karier kita.
“Pemain-pemain muda berlatih bersungguh-sungguh di pusat akademik pasukan dan mereka sentiasa memasang impian untuk bermain bersama pasukan senior. P
“Pemain seperti Juan Mata yang mempunyai pengalaman menjuarai Piala Dunia mampu memberikan sesuatu kepada pemain-pemain muda ini walaupun dia jarang beraksi pada ketika ini. Dia tidak banyak bermain sejak musim lepas namun dia tidak menjadikan itu satu alasan untuk dia tidak berlatih atau berusaha semasa sesi latihan. Sikapnya itu memberikan inspirasi kepada kita semua,” kata Solskjaer pada musim lalu. – Agensi