Home Nasional Ujian calitan di jeti sebelum ke Pulau Tioman

Ujian calitan di jeti sebelum ke Pulau Tioman

Para pelancong wajib menjalani ujian calitan sebelum dibenarkan menaiki feri ke Pulau Tioman.

ROMPIN – Pelaksanaan ujian calitan yang dilaksanakan di pintu masuk Pulau Tioman merupakan syarat tambahan yang dikenakan ke atas kepada pelancong domestik yang mahu berkunjung ke pulau itu.

Petugas KKM membuat ujian calit kepada pelancong di Jeti Teluk Gading atau dikenali Jeti Tanjung Gemok, Rompin.

Pengurus Besar Pelancongan Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan tercetusnya kluster baru di pulau peranginan itu.

Jelasnya, syarat itu bagi memastikan destinasi tumpuan dan pengunjungnya selamat seperti Pulau Langkawi.

“Sektor Pulau Tioman dibuka bila mana Kerajaan Persekutuan antara destinasi pelancongan dipilih gelembung pelancongan, walaupun ditangguhkan sehingga tarikh diumumkan.

“Kita memberi syarat kepada pelancongm cukup syarat dua dos vaksin dan perlu menjalani swab test yang kosnya ditanggung sendiri dengan pada harga minima,” katanya.

Tambah Kamarudin, syarat tersebut disambut baik oleh pengusaha pelancongan.

Dr Ahmad Hafiz Mohamad

Selain itu, pihaknya akan menggunapakai SOP yang dilaksanakan di Pulau Langkawi seperti tiada had ditetapkan bagi jumlah tempat duduk feri.

“Namun, penduduk tempatan yang igin ke tanah besar, mungkin diberikan pas khas, supaya memastikan penduduk pulau bukan penyumbang kepada Covid-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, ujian kendiri boleh dilakukan individu namun perlu mendapat pengesahan Pejabat Kesihatan Daerah atau farmasi bagi memastikan ketulenan keputusan saringan.

Pegawai Kesihatan Daerah Rompin, Dr. Ahmad Hafiz Mohamad berkata, pelancong perlu menjalankan ujian calitan tersebut dengan jujur sebagai tanggungjawab sosial.

“Saringan untuk kemasukan di Jeti Tanjung Gading dilakukan oleh pelancong dalam negeri bagi mengesan sebarang kes

“Penduduk Tioman sudah vaksin 100 peratus populasi dewasa, sekarang memasuki untuk fasa vaksin remaja.

“Sebanyak 2,200 daripada 2,300 di kalangan penduduk Tioman yang berusia 18 tahun sudah divaksin lengkap dua dos,” katanya. – MalaysiaGazette