Home Sukan Kante positif Covid-19, terlepas dua perlawanan

Kante positif Covid-19, terlepas dua perlawanan

N'Golo Kante. Foto Sebastian Frej/MB Media

LONDON –  N’Golo Kante akan terlepas pertembungan Liga Juara-Juara Eropah menentang Juventus malam ini selepas disahkan positif Covid-19, lapor ESPN.

Pemain tengah itu kini menjalani kuarantin kendiri dan turut bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Southampton pada Sabtu ini.

Sementara itu, pengendali Chelsea Thomas Tuchel mengakui dia tidak tahu berapa ramai pemain dalam skuadnya sudah menerima vaksin.

Selepas keputusan positi, Tuchel telah mempersoalkan sama ada pemain bola sepak patut divaksin dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Pemain tengah itu menjadi tonggak pasukan di bawah bimbingan Tuchel yang terpaksa melupakan khidmat Kante dalam kunjungan ke Turin. – MalaysiaGazette