Home SISWA UTeM rangkul 9 pingat CRI-2021

UTeM rangkul 9 pingat CRI-2021

KUALA LUMPUR – Kumpulan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meraih kejayaan dengan merangkul 9 pingat di Carnival of Research -Virtual International Edition- 2021 (CRI 2021).

CRI 2021 merupakan anjuran bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Politeknik Kota Bharu yang diadakan baru-baru ini secara dalam talian selari norma baharu di musim pandemik.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof. Ir. Dr. Ghazali Omar berkata, UTeM berjaya merangkul 9 pingat dengan 5 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa lalu membuktikan hasil penyelidikan kumpulan penyelidikan UTeM terus diiktiraf.

Katanya, UTeM menetapkan penyertaan dalam kalangan penyelidikan yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak langsung kepada masyarakat serta komuniti dunia selaras dengan konsep TUNAI iaitu Technology at University Advancing Industry and Community.

“Konsep penyertaan UTeM juga mengetengahkan produk yang dapat melonjakkan keupayaan penyelidikan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi nasional,” katanya di sini.

Pada CRI 2021, 5 pingat emas yang dimenangi UTeM antaranya menerusi 3 produk iaitu i-Bin, i-Fast dan i-Spec yang diketua oleh Ir. Ts. Dr. Anuar Mohamed Kassim dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) manakala produk Oleophilic Polymer Waste Oil Hardener (OPWOH) for Waste Cooking Oil diketuai oleh Nurul Hanim Razak dan produk Design Development of WCO Filtration Smart Box yang diketuai oleh Ts. Dr. Asriana Ibrahim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) .

Sementara itu, 2 pingat perak disumbangkan menerusi produk CNC Machine Motion Control Technique for ISO 14649 Data Interface model yang diketuai oleh Ts. Dr. Kamran Latif dan produk Biodegration of Waste Cooking Oil / Organic Material / Organic Mater diketuai oleh diketua oleh Dr. Mohd Hafidzal Mohd Hanafi.

Dua pingat gangsa pula diraih menerusi produk Two-Rode Fishing Bait Launcher dan produk A Multi-Platform and Low Cost-Network Attached Storage for IOT Applications. – MalaysiaGazette