KUALA LUMPUR – “Kami sedang riba Afnan untuk kali terakhir. Beberapa minit sahaja lagi,” demikian luahan vokalis Caliph Busker, Azmi Saat yang mengundang kesedihan netizen di media sosial.
Terdahulu beliau menerusi Instagram memaklumkan, cahaya matanya yang baru berusia tiga hari, Khairul Afnan mengalami komplikasi kesihatan kritikal.
Namun sehingga kini, Azmi tidak memaklumkan penyakit cahaya matanya itu.
Azmi, 34, sebelum ini sempat meminta pengikutnya di laman sosial mendoakan anak sulungnya itu yang masih diarawat di sebuah hospital swasta di ibu kota.
“Mohon tolong doakan Afnan, Afnan tidak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami,” tulisnya.
Untuk rekod, Azmi dan isteri Nazirah mendirikan rumah tangga pda 2011.
Cahaya matanya yang pertama itu dilahirkan pada 27 September yang lalu selepas 10 tahun menantikan zuriat.-MalaysiaGazette