QUAYAQUIL – Lebih 100 orang maut dan berpuluh-puluh cedera dalam pergaduhan antara dua kumpulan di sebuah penjara di Ecuador, kata para pegawai.
Komandan Polis Wilayah, Fausto Buenano berkata, sekurang-kurangnya 116 orang maut dan lebih 80 cedera.
Kata, sekurang-kurangnya lima banduan dipancung kepala manakala yang lain ditembak dan terdapat banduan membaling bon tangan semasa kejadian.
Penjara Litoral di Guayaquil menempatkan banduan dari Los Choneros, yang mana sebuah kumpulan gengster Equador dipercayai mempunyai hubungan dengan kartel dadah Sinaloa dari Mexico ditempatkan di situ.
Buenano berkata, keganasan bermula pada jam 9.30 pagi apabila banduan daripada salah satu bahagian penjara merangkak dalam lubang untuk memasuki bahagian lain di mana mereka diserang kumpulan yang memushinya, lapor UPI.
Lebih 500 pegawai dikerahkan ke penjara itu pada jam 10.40 pagi untuk membawa keluar kakitangan, termasuk enam orang tukang masak, dan keadaan dapat dikawal pada jam 2 petang.
Presiden Ecuador, Guillermo Lasso menyifatkannya sebagai ‘kes terpencil’ dan berkata beliau akan mengetuai jawatankuasa keselamatan di Guayaquil ‘bagi menyelaras tindakan wajar untuk mengawal darurat, menjamin keselamatan hak asasi mereka yang terlibat’.
Lasso berkata, pada Julai lalu penggunaan sistem penjara negara itu melebihi 30 peratus daripada kapasiti.
Beliau turut mengumumkan rancangan pelancaran proses pembebasan banduan yang telah menjalani sebahagian besar tempoh masa hukuman atau banduan yang melakukan kesalahan kecil bagi mengurangkan kesesakan di penjara.
Rusuhan tersebut berlaku selepas 22 banduan terbunuh dalam keganasan di dua penjara, termasuk Penjara Litoral, pada Julai lalu.
Pada Februari lalu, seramai 80 orang maut dalam pertempuan di tiga buah penjara – Aggensi