Home Nasional 2 kakitangan bank mengaku tidak bersalah terima rasuah

2 kakitangan bank mengaku tidak bersalah terima rasuah

Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang penganggur daripada hukuman penjara 22 tahun atas kesalahan merogol dua remaja bawah umur lapan tahun lepas.- Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendakwa dua kakitangan sebuah bank atas kesalahan menerima rasuah bernilai RM59,250 bagi sebagai dorongan membantu proses permohonan pembiayaan peribadi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan untuk beberapa individu sekitar 2019.

Tertuduh Ahmad Salahudin iaitu Ketua Unit Pembiayaan dan Yusni Yusof, kerani tingkatan khas di sebuah bank di Putrajaya kini digantung tugas untuk sementara.

Kedua-dua tertuduh masing-masing didakwa dengan lima pertuduhan utama serta lima pertuduhan pilihan, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rihaida Rafie hari ini.

Mengikut lima kertas pertuduhan itu, Ahmad Salahudin didakwa menerima wang berjumlah RM31,100, daripada seorang seorang lelaki berusia 28 tahun.

Manakala Yusni juga telah menerima suapan daripada individu sama dengan nilai RM28,150.

Ahmad dan Yusni telah menerima jumlah berkenaan sebagai dorongan untukĀ membantu proses permohonan pembiayaan peribadi enam individu berusia 27 hingga 41 tahun.

Kedua-dua kini berhadapan dengan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Mereka juga didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Ahmad dan Yusni juga didakwa lima pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kertas pertuduhan juga menyebut kesalahan itu di dua bank di Kajang dan Seri Kembangan antara 6 September hingga 1 November 2019.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noryusriza Zulkifli menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin selian syarat tambahan.

Antaranya menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat serta dilarang mengganggu saksi kes.

Hakim Rihaida kemudian menetapkan Ahmad Salahudin dijamin RM15,000, manakala Yusni RM13,000 berserta syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes bagi kedua-dua tertuduh telah ditetapkan 16 November ini. – MalaysiaGazette