
KUALA LUMPUR – Ibu kepada Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia malam tadi.
Berita kembalinya Sabariah Arshad ke rahmatullah dikongsi sahabat rapat Abam iaitu Achey dan Fad Bocey di laman Instagram.
”Salam takziah sahabatku @aliputeh_officlal di atas pemergian ibu tercinta,” tulis Fad.
”Malam Jumaat pemergian MU mak @aliputeh_officiai, moga mak tenang di sana…moga bertemu dengan anakmu #abam tercinta di syurga in shaa Allah…” tulis Achey pula.
Allahyrham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia 10 Februari tahun lalu.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette