Home Seni Hidup Nama saya digugurkan lagi gara-gara SOP – Rita

Nama saya digugurkan lagi gara-gara SOP – Rita

Foto Instagram Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Rita Rudaini memberitahu namanya telah digugurkan lagi daripada sebuah tawaran kerja yang sudah lama disahkan gara-gara prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menerusi perkongsian di Instagram miliki, ibu tunggal dua anak itu turut berpendapat SOP tersebut merupakan bentuk diskriminasi.

“Sekali lagi saya digugurkan dari job yang dah lama confirm. Hanya kerana SOP MKN. SOP diskriminasi, kenapa perlu ada swab test lagi bila nak bekerja kalau sudah vaksin? Sama je dengan SOP sebelum sampainya vaksin ni.

“Semua patuh SOP kena swab test dulu sebelum kerja… Jadi apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang vaksin pun boleh jadi pembawa. Apa bezanya?” soalnya.

Rita berkata, terdapat juga segelintir pihak yang telah menawarkan dirinya ‘vaksin tipu’ bagi memudahkannya untuk bekerja.

Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia telah menolak tawaran berkenaan kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan tidak mahu tipu diri sendiri dan puaskan SOP kerajaan.

“Ok bezanya memang nak paksa walaupun kata tak wajib. Bezanya sekarang Malaysia negara diskiriminasi… yang dalam kesusahan sampai kena naikkan bendera putih, tak nak pula usaha pergi cari. Yang belum vaksin ni pulak kerah usaha pergi cari rumah ke rumah.

“Ada pihak tawarkan kepada saya vaca tipu-tipu untuk senang bekerja tapi maaflah. Saya mencari rezeki dengan ikhlas, saya tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan.

Sementara itu, Rita juga memberitahu, dia tidak pernah berkira dengan stesen televisyen atau syarikat produksi untuk mempromosi cerita sehingga selesai meskipun tanpa bayaran.

“Kenapa time promote tak ada diskriminasi? Saya buat jugak untuk memudahkan kerja orang lain. Dan sejak dari awal dulu saya berlakon saya tak pernah claim duit tol atau minyak atau parking.

“Sebab saya jadikan itu amal jariah saya, prinsip saya kerja dengan ikhlas dan amanah walaupun sikit atau banyak. Jangan berkira sebab rezeki semua dah ada bahagian masing-masing,” tulisnya lagi. – MalaysiGazette