Home Nasional Kampung Orang Asli Raub dikenakan PKPD

Kampung Orang Asli Raub dikenakan PKPD

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Sungai Kelang, Mukim Batu Talam di Raub di Pahang.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD itu dilaksanakan selama 14 hari bermula esok hingga 17 Oktober.

Beliau berkata, PKPD di lokaliti itu dibuat selepas pihaknya meneliti pembentangan situasi di kawasan tersebut oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setelah meneliti pembentangan KKM, mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti ini dan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MKN juga bersetuju menamatkan PKPD di lokaliti Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah, esok selepas meneliti perkembangan semasa di kawasan berkenaan oleh KKM.

Bagaimanapun, tiada sebarang pelanjutan PKPD diumumkan. – MalaysiaGazette