Home Utama Universiti awam perlu patuh arahan kurangkan yuran 20 peratus – Noraini

Universiti awam perlu patuh arahan kurangkan yuran 20 peratus – Noraini

Minister of Higher Education, Datuk Dr Noraini Ahmad. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 03 JUNE 2021. resigns UMNO
Dr Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR – Semua universti awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini.

“Langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, dalam keadaan pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.

Terdahulu, beberapa media melaporkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.

Ia susulan kenaikan yuran sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini. – Bernama