Home Ekonomi Bank Rakyat dapat liputan terbaik – Laporan

Bank Rakyat dapat liputan terbaik – Laporan

Menara Berkembar Bank Rakyat di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat mendapat liputan terbaik dalam kalangan bank-bank Islam di Asia secara keseluruhan dari segi laporan media dan sentimen positif.

Manakala Bank Islam Malaysia dan Maybank Islamic pula mengisi tempat tiga teratas, menurut laporan Carma.

Carma Asia beribu pejabat di Singapura dan merupakan sebahagian daripada Carma International – sebuah penyedia risikan media global yang membawa kejelasan, pemahaman dan maklumat mendalam ke landskap media yang kompleks.

Menurutnya, secara keseluruhan, bank-bank Islam di Asia memberi lebih usaha dan tumpuan kepada transformasi digital dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Artikel yang terbaik di Asia membincangkan peruntukan dana Bank Rakyat kepada Yayasan Bank Rakyat untuk membantu pelajar dan meringankan beban keluarga yang terjejas oleh pandemik.

Laporan ini menunjukkan pelaburan dalam bidang CSR, dan kepercayaan terhadap tanggungjawab sosial ini menjadi asas bagi syarikat.

Kajian komprehensif berdasarkan data mengenai pendedahan dan persepsi media terhadap bank-bank Islam, telah mengenal pasti tema yang berkaitan dan bagaimana kandaungan tersebut telah dimanfaatkan.

Di samping itu, laporan ini juga mengkaji persepsi nilai subjek tersebut dan bagaimanakah visual bank-bank ini dipamarkania berkenaan merentasi media tradisional dan sosial.

“Bank-bank Islam telah menerima lebih perhatian dari media dan kalangan masyarakat sepanjang pandemik ini.

Menurut kajian laporan, ia jelas menunjukkan CSR dan digitalisasi adalah dua topik terbesar yang memberi impak kepada reputasi bank.

“Analisis media yang mendalam memberikan maklumat yang amat bernilai.. Dengan memahami nuansa di platform media dan bagaimana media memposisikan organisasi mereka, bank-bank boleh memiliki kelebihan strategik daripada pesaing mereka,” kata Pengarah Urusan Carma Asia, Andrew Nicholls.

Laporan Perbankan Islam menggunakan metodologi pengukuran dan analisis media Carma, termasuk Sistem Penilaian Carma Favorability yang didasarkan pada sekumpulan kriteria yang telah ditentukan, bertujuan untuk mengurangkan subjektiviti.

Ia menilai tajuk utama artikel, panjangnya dan pengunaan gambar di sebuah artikel, peletakan bagi naratif, , jumlah dan kualiti sumber media tersebut, mesej positif dan negatif, dan nada keseluruhan artikel ketika menentukan kesesuaiannya. – MalaysiaGazette