Home Politik Speaker DUN Melaka adakan sidang media petang ini

Speaker DUN Melaka adakan sidang media petang ini

Ab. Rauf Yusof

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka mengadakan sidang media sekitar jam 5.30 petang ini.

Portal Melaka Hari Ini melaporkan, sidang media itu bakal berlangsung di kediaman Rauf  di Kampung Pulau, Masjid Tanah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bersama barisan kepimpinan lain turut dijangka menyertai sidang media tersebut.

Artikel berkaitan:

Empat ADUN Melaka umum hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri

Ia susulan pengumuman empat ADUN yang terdiri daripada ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas – Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri.

Pada masa yang sama, 11 ADUN Pakatan Harapan bersama keempat-empat ADUN itu mahu mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Ali Rustam bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Hang Tuah itu.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette