Home Utama Covid-19: 76 kes kematian semalam, terendah sejak 9 Julai

Covid-19: 76 kes kematian semalam, terendah sejak 9 Julai

Petugas tanpa lelah melakukan kerja-kerja menguruskan jenazah Covid-19 untuk dikebumikan di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam – paling rendah pernah direkodkan sebelum ini adalah pada 9 Julai lalu dengan 77 kes.

Dengan pertambahan itu, kes kematian yang direkodkan oleh negara ini bertambah kepada 26,757.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 15 kes adalah kematian di luar hospital (BID), sekali gus menjadikan kes BID setakat ini bertambah kepada 5,382.

Semalam, Perak merekodkan kematian akibat Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 13 kes, diikuti Sarawak (11) dan Kelantan (10).

Johor dan Sabah pula masing-masing sembilan kes.

Pulau Pinang lima kes serta Pahang dan Terengganu masing-masing empat kes.

Kuala Lumpur dan Kedah juga masing-masing tiga kes manakala Selangor dua kes.

Sementara Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis, masing-masing satu kes.

Malaysia turut merekodkan 142, 860 kes aktif setakat semalam berbanding 150, 317 sehari sebelumnya.

Daripada angka itu, 11,748 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 16,862 (PKRC), hospital (8,383), ICU tanpa bantuan pernafasan (406) dan ICU dengan bantuan pernafasan (461).

Sebanyak 7,915 atau 98% kes terbahatu tidak mempunyai gejala (Kategori 1) atau hanya gejala ringan (Kategori 2).

Sementara 160 kes atau 2% dalam Kategori 3 (pesakit dengan radang paru-paru), Kategori 4 (pesakit dengan radang paru-paru yang memerlukan oksigen) dan Kategori 5 (pesakit kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan).

Malaysia merekodkan 8,075 kes Covid-19 semalam. – MalaysiaGazette