KUALA LUMPUR – Datuk Seri Idris Haron didakwa tersalah langkah apabila menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Bahkan, kalau pilihan raya negeri (PRN) diadakan, Idris didakwa tidak akan menang di Tangga Batu.
”Dia pasti kalah. Dia menang dulu kerana UMNO,” kata Datuk Mohd Puad Zakarshi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini mendakwa Idris menolak untuk mengadakan PRN kerana takut cita citanya untuk kembali jadi ketua menteri tidak kesampaian.
Maka, beliau sanggup jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO tolak ketua menteri dari UMNO.
Oleh sebab itu, Idris sanggup memberi tiga alasan kerana bimbang kes penularan kes Covid-19 di Sabah berulang walaupun tempoh pilihan raya hanya tinggal setahun lima bulan sahaja.
”Kalau begitu kenapa tarik sokongan? Kenapa tidak tunggu PRU. Kalau kerajaan Datuk Sulaiman gagal, beritahu pada rakyat apa yang gagal.
”Idris Harun tersalah langkah. Langkah beliau tidak jadi macam langkah Sheraton. Ia jadi Langkah Kajang. Tidak dapat apa. Dua Exco lain turut kerugian,” kata Puad. – MalaysiaGazette
umNO bunuh PN…DIBALAS ALLAH umNO BUNUH umNO DI melaka