
KUALA LUMPUR – Sebanyak 176 pengusaha bas ekspres yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diminta segera membuat pendaftaran pemandu mereka bagi tujuan Bantuan PEMERKASA+ One-off sebanyak RM 500 sebelum tarikh tutup portal pada 10 Oktober ini,
Mereka diminta melayari portal bantuan APAD iaitu http://bantuan.apad.gov.my untuk membuat pendaftaran tersebut.
APAD berkata, kegagalan berbuat demikian bukan sahaja mengakibatkan
proses saringan tidak dapat dibuat, malah menyukarkan proses penyaluran
bantuan ke dalam akaun pemandu tepat pada masanya. – MalaysiaGazette