KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.77 seliter mulai esok hingga 13 Oktober ini.
Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.- MalaysiaGazette