Home Nasional Kontraktor berputih mata rugi RM50,730

Kontraktor berputih mata rugi RM50,730

Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas.- Gambar hiasan

TEMERLOH – Seorang kontraktor berputih mata selepas menanggung kerugian sebanyak RM50,730 apabila terjebak dengan tawaran tender pakaian palsu.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Pahang, Superintendan dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mengetahui mengenai projek melalui seorang rakannya.

“Manga telah berbincang mengenai satu projek tender kerajaan dan swasta untuk membuat pakaian dengan suspek yang merupakan seorang kawannya yang dikenali hampir empat tahun.

“Pengadu telah bersetuju dengan suspek yang dikenali sebagai Mohamed Haziq Mohamed Nazari dengan tender yang ditawarkan kepada pengadu melalui aplikasi WhatsApp darinya berjumlah modal keseluruhan RM50,370.

“Beliau menjanjikan pulangan keseluruhan iaitu sebanyak RM9,635 hasil keuntungan yang akan diperoleh oleh pengadu berkenaan tender tersebut,” kata Wazir ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Penyelia lombong bijih timah rugi RM55,7000

Guru hilang RM36,000 diperdaya sarjan palsu

Penuntut universiti swasta ditipu RM11,000

Justeru bagi urusan tersebut pengadu telah membuat sebanyak 13 transaksi ke akaun bernama Mohamed Haziq Mohamed Nazari antara 28 Julai hingga 15 September lalu.

Bagaimanapun setelah kesemua pembayaran dibuat, pengadu bertanya kepada rakannya berkenaan dengan pulangan tetapi beliau tidak menjawab dan pengadu tidak dapat menghubunginya.

“Pengadu ada cuba menghubungi beliau namun tetap gagal dan tiada jawapan, lalu pengadu merasa diri telah ditipu datang ke balai polis buat laporan dengan kerugian RM50,370.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. – MalaysiaGazette