Home Seni Hidup Penduduk Rompin ambil kesempatan ‘takluki’ Tioman

Penduduk Rompin ambil kesempatan ‘takluki’ Tioman

Pulau Tioman antara destinasi pelancongan menarik di Pahang

ROMPIN – Jika dahulu saban tahun Pulau Tioman sinonim dengan dengan destinasi tumpuan orang ramai bukan sahaja pelancong domestik malahan turut menerima kehadiran pelancong asing yang ramai.

Tetapi sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada penghujung tahun 2020, aktiviti pelancongan di sini terbantut.

Namun, apabila fasa tiga Pelan Pemulihan Negara diumumkan pada 24 September lalu melibatkan negeri Pahang, rakyat negeri ini kembali merentas dalam daerah seterusnya melancong ke lokasi pilihan masing-masing.

Kebenaran itu telah diambil kesempatan oleh penduduk tempatan Rompin dan kawasan sekitarnya untuk kembali ke Pulau Tioman.

Norhanan Mohd Jaafar.

Norhanan Mohd Jaafar, 21, berkata, dia sudah lama terkurung di rumah disebabkan oleh Perintah kawalan Pergerakan (PKP), jadi apabila aktiviti perlancongan dibenarkan  peluang ini tidak harus disia-siakan.

“Sekarang ni boleh masuk ke pulau tanpa bersesak-sesak, nanti bila pelancong boleh rentas negeri, keadaan akan menjadi padat. Jadi baik gunakan peluang ini dulu sebelum pelancong luar datang,” katanya kepada MalaysiaGazette.

 

Mohd Faiz Suhaimi

Manakala bagi Mohd Faiz Suhaimi, 27,pula berasa teruja apabila kerajaan kebenaran melancong dibenarkan semula.

Meskipun begitu, pemuda ini masih berjaga-jaga dengan menitik beratkan aspek keselamatan dengan melakukan ujian kendiri sebelum ke Pulau Tioman.

“Walaupun pelancong tidak ramai lagi, saya tetap patuh arahan kerajaan. Apabila kita patuh semua arahan, nak jalan pun rasa selamat,” ujar beliau.

Kapten Rauna Mohamad Zain

Sementara itu Rauna Mohamad Zain, berkongsi pengalaman sebagai kapten feri yang membawa penumpang ke pulau tersebit turut teruja dengan kemasukan pelancongan tempatan.

Beliau yang beberapa bulan tidak mempunyai pendapatan melahirkan rasa syukur kerana dapat bekerja semula.

“Gembira rasa apabila melihat orang ramai menaiki feri untuk ke pulau.

“Saya juga mengesyorkan penduduk setempat ambil peluang sekarang untuk menikmati keindahan Tioman sebelum pulau ini kembali penuh,” tambahnya yang memberitahu perjalanan mengambil masa 1 jam 45 minit dari Jeti Teluk Gading ke Jeti Kampung Genting. – MalaysiaGazette