KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM mengesan tular satu poster berhubung amaran berlakunya siber pandemik yang dikaitkan dengan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi WhatsApp selama hampir enam jam kelmarin.
Facebook di pautan https://engineering.fb.com/2021/10/04/networking-traffic/outage/, menjelaskan gangguan teknikal terhadap perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp yang berlaku berpunca daripada perubahan konfigurasi di peringkat penyelarasan trafik rangkaian mereka.
Sehubungan itu, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jata Negara tanpa kebenaran kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963.
Selain dari itu, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat yang diragui atau tidak dapat dibuktikan kesahihannya kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan kekeliruan serta panik di kalangan rakyat.
SKMM sedang giat mengesan pihak yang mengeluarkan poster tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita-berita tidak benar di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. – MalaysiaGazette