Home Politik ECERDC lonjak pembangunan ekonomi Terengganu

ECERDC lonjak pembangunan ekonomi Terengganu

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengenalpasti banyak pelaburan untuk pembangunan ekonomi di samping menambah baik kualiti hidup penduduk di negeri Pantai Timur.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, usaha itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah mempengerusikan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) baru-baru ini.

“Dengan adanya rancangan strategik itu, Terengganu dapat mencapai kemajuan dengan lebih cepat dan dengan adanya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kita dapat memastikan setiap rakyat menikmati manfaat pembangunan.

“ECER ini dilaksanakan sejak tahun 2008 lagi secara berperingkat dan telah berjaya menarik masuk pelaburan komited sebanyak RM113.5 bilion serta mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 111,700.

“Alhamdullilah. Terima kasih YAB Perdana Menteri,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu di hantaran Facebook miliknya di sini hari ini. – MalaysiaGazette