Saturday, November 16, 2024
Home Nasional Jumpa jalan berlopak di KL telefon saya – Shahidan

Jumpa jalan berlopak di KL telefon saya – Shahidan

potholes KL Kuala Lumpur
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkongsi nombor telefon miliknya untuk penduduk Kuala Lumpur bagi membuat aduan mengenai kerosakan jalan.

Beliau juga berkongsi nombor telefon Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah.

Ahli Parlimen Arau itru memberi jaminan akan menyelesaikan aduan mengenai kerosakan jalan di Kuala Lumpur dalam masa 24 jam.
Menterinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata,  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memantau keadaan jalan raya berdekatan projek pembangunan dan kawasan tumpuan utama.

“Saya telah berbincang dengan DBKL dan mengarahkan mana-mana aduan dan rungutan dan makluman kerosakan jalan hendaklah diambil tindakan segera dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga 24 jam. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa jalan berlopak dan berbahaya, hubungi dan kita ambil tindakan dalam masa 24 jam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. – MalaysiaGazetet