KUANTAN – Kelab Sahabat Kucing Jalanan Pahang (SKJP) mengumpul RM3,500 sebagai kos kos rawatan pemandulan kucing dalam usaha mengawal pembiakan kucing jalanan di daerah ini.
Pengerusinya, Jurina Abdul Radi berkata, usaha mencari dana yang dijalankan dengan Kerjasama ‘Kitarfund’ membuahkan hasil bagi memandulkan 50 kucing jalanan.
Tambah Jurina, pihaknya bekerjasama dengan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia, Majlis Bandaraya Kuantan, dan Angkatan Pertahanan awam Malaysia untuk mengesan kucing jalanan.
“Seramai lebih 40 sukarelawan meyertai operasi pencarian kucing jantan jalanan termasuk pengusaha kedai haiwan.
“Sumbangan rata-rata kami perolehi daripada rakan-rakan sosial media Facebook dan perkongsian Whatsapp,” katanya ketika ditemui di Indera Mahkota, di sini, hari ini.
Bertemakan ‘anda menyumbang kami panjangkan sumbangan anda, kita sama-sama kongsi pahala’ memberi laluan kepada pecinta haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W untuk terus berbakti dengan mencari sumbangan.
Sementara itu, SJKP berjaya mengutip RM18,000 bagi menyelamatkan kucing jalanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata Jurina, ahli kelab itu mehyalamatkan haiwan itu dengan memberi rawatan kepada kucing berpenyakit selain kucing terbuang.
“Sebanyak 30 peratus ahli, ada yang menjaga sehingga 25 hingga 100 ekor di rumah. Kos rawatan bagi merawat kucing sakit bukan murah,” ujarnya.
SKJP yang ditubuhkan pada 8 Mei 2019 kini mempunyai 130 ahli di Kuantan dan daerah sekitar. – MalaysiaGazette