Home Nasional RM6.645 juta untuk geran penubuhan taska di tempat kerja

RM6.645 juta untuk geran penubuhan taska di tempat kerja

Sebanyak RM6.645 juta diluluskan kepada 69 agensi kerajaan yang memohon geran penubuhan taska di tempat kerja sepanjang tahun ini.- Gambar hiasan.

KUALA LU PUR – Sebanyak RM6.645 juta diluluskan kepada 69 agensi kerajaan yang memohon geran penubuhan taska di tempat kerja sepanjang tahun ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, ia membabitkan sebanyak 27 taska baharu dengan nilai RM4.015 juta dan 42 taska sedia ada yang diluluskan geran untuk penyelenggaraan dengan jumlah RM2.603 juta.

“Bagi menambah bilangan permohonan geran ini, kementerian telah membuka permohonan kepada semua kementerian lain dan kerajaan negeri sejak 22 Disember 2020 hingga 21 April 2021,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Kenyataan itu menjawab soalan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh (PH) yang bertanyakan mengenai status peruntukan RM30 juta bagi penubuhan taska di tempat kerja sektor awam.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan statistik, bilangan taska berdaftar terkini adalah sebanyak 5,406 buah. – MalaysiaGazette