Home Nasional 14 ahli sindiket judi online diberkas polis

14 ahli sindiket judi online diberkas polis

14 Indivividu termasuk enam wanita China berjaya diberkas menjadi sindiket judi online di sebuah rumaah pangsapuri di Bangsar ditumpaskan polis Brickfields semalam. Foto Kredit: IPD Brickfields

KUALA LUMPUR – Polis menahan 14 individu, termasuk enam wanita warga China, yang dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Bangsar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan awal polis mendapati sindiket berkenaan beroperasi di kediaman itu sebagai pusat panggilan sejak dua minggu lalu.

“Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, mendapati mereka leka terlibat dalam judi haram dalam talian sebelum lapan lelaki tempatan serta enam wanita warga China berusia antara 25 hingga 32 tahun dicekup,” katanya  ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, semalam.

Tambah beliau, sindiket berkenaan disyaki menyasarkan mangsa dari China dengan mempromosikan kegiatan berkenaan melalui aplikasi We Chat.

Menurut Anuar, sindiket yang menyewa pangsapuri RM1,800 sebulan itu menjalankan operasi antara  jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari dan pekerjanya ditawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

“Selain itu, sindiket ini juga akan berpindah-randah operasi mereka secara kaedah nomad dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelak kegiatan terlarang itu dikesan pihak berkuasa,” ujarnya.

Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan pihaknya masih mengesan saki baki ahli sindiket yang masih bebas. – MalaysiaGazette