![MGP081021002](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/10/MGP081021002-640x427.jpeg)
KUANTAN – Lebih 200,000 peserta sudah mendaftarkan dalam aktiviti Hari Sukan Negara di Pahang yang akan berlangsung esok
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Mu’azamil Jili berkata, angka tersebut melepasi sasaran awal 120,000 peserta yang akan melibatkan lebih daripada 200 aktiviti yang disediakan.
Jelas Mu’azamil Hari Sukan Negara diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sejak 2015, dengan menekan konsep secara hybrid.
“Tahun ini kali pertama ia diadakan secara dalam talian dan secara fizikal, mankala prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan dan rekreasi boleh dilakukan dalam kelompok yang kecil dan tidak ramai.
“Hanya penglibatan bagi mereka berusia 18 tahun dan lengkap dua dos vaksin sahaja bagi aktiviti secara fizikal,” katanya.
![](https://malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/10/MGP081021001-1024x683.jpeg)
Menurut Mu’azamil, aktiviti yang diadakan dalam talian akan menyaksikan penyertaan menyeluruh tanpa had umur yang mana ia sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia.
“Maka semua golongan semua boleh sertai di rumah dan tempat sendiri. Pelbagai aktiviti akan diadakan di peringkat daerah dan negeri dengan tema Keluarga Malaysia, sepertisenaman secara atas talian boleh melibatkan individu dan keluarga,” ujarnya.
Tambah beliau, program HSN bagi peringkat negeri akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Stadium Darul Makmur. – MalaysiaGazette