Home Nasional Ekstradisi Nur Sajat: Bukit Aman tunggu kebenaran Thailand

Ekstradisi Nur Sajat: Bukit Aman tunggu kebenaran Thailand

sex change gender Australia transgender Nur Sajjat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman girdle Nur Sajat auction assets damages compensation court case OWA Resources Sdn Bhd court ruling Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
Nur Sajat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunggu kebenaran daripada Thailand untuk mengektradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassa berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Nur Sajat bagi menghadapi pendakwaan di Malaysia.

“Kita sudah menyiapkan permohonan ekstradisi Sajat dan telahpun diserahkan kepada Thailand dan juga Australia yang akan menjadi destinasi baharu Nur Sajat sebagai status pelarian.

“Kita masih sedang menunggu keputusan dari pihak berkuasa Thailand dan Australia untuk permohonan kami dan jika mendapat kebenaran tanpa kekangan dari mereka, maka proses membawa pulang Sajat akan dilaksanakan segera mengikut perundangan antarabangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Abd Jalil, proses membawa pulang Nur Sajat akan diteruskan memandangkan Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah yang diburu.

Namun, menurut beliau, ia terpulang kepada negara-negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan Malaysia.

Sajat dilaporkan memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mendapatkan kebenaran berhijrah ke Australia dengan status pelarian bagi mengelak tindakan dan perbicaraan mahkamah Malaysia.

Difahamkan beliau sedang menunggu kelulusan Australia untuk mendapatkan status UNHCR sebagai pelarian.

Sajat sebelum ini berhadapan dengan kes berpakaian wanita membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Mahkamah Shah Alam sebelum dikeluarkan waran tangkap terhadapnya pada Februari lalu.

Pada September lalu Sajat dicekup oleh imigresen Thailand kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan didakwa dan didenda mahkamah negara itu. – MalaysiaGazette