Home Nasional KJ mahu polis, SKMM bertindak berita palsu mengenai vaksin

KJ mahu polis, SKMM bertindak berita palsu mengenai vaksin

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah meminta laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna Twitter yang didakwa menyebarkan berita palsu tentang vaksinasi Covid-19.

Laporan sama turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ada masa untuk mendidik dan libat urus. Tetapi ada masa perlu menguatkuasakan undang-undang.

“Saya telah diminta laporan dibuat terhadap @khalids. Hentikan pembohongan,” katanya.

Ciapan itu dibuat susulan seorang individu yang mengaitkan kematian seorang lelaki akibat vaksin.

Bagaimanapun, ciapan itu sudah dipadamkan.

Seorang pengguna yang menggunakan akaun yaya mengatakan dakwaan yang dibuat oleh individu mengenai kematian ayahnya adalah salah.

”arwah ayah saya meninggal bukan disebabkan vaccine (vaksin). data hanya diambil melalui med soc (media sosial), tanpa sebarang pertanyaan atau minta izin dari ahli keluarga. then sendiri assume ayah saya meninggal sebab vaccine. it is too much (melampau),” katanya. – MalaysiaGazette