KABUL – Satu letupan kuat yang berlaku dalam sebuah masjid di bandar Kunduz menyebabkan berpuluh-puluh mangsa terbunuh.
Letupan itu berlaku semasa solat Jumaat, menurut Taliban.
”Letupan ini berlaku dalam masjid yang dikunjungi oleh komuniti Syiah,” menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.
Mujahid mengatakan masjid Syiah menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dan sebilangan besar jemaah terbunuh dan cedera.
Setakat ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Rakaman-rakaman dari lokasi kejadian yang tular di media sosial menunjukkan mayat bergelimpangan di dalam masjid.
Doctors Without Borders berkata, pihaknya sudah menerima lebih 90 orang yang cedera dan 15 mayat.
Reuters melaporkan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dengan berpuluh-puluh lagi cedera. – Agensi