Home Nasional Lelaki ada masalah mental maut terjun bangunan

Lelaki ada masalah mental maut terjun bangunan

Anggota polis memeriksa kawasan PPR Taman Wahyu 2 selepas seorang lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat atas.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental dipercayai terjun dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Jinjang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.10 petang.

“Dipercayai bunuh diri. Mangsa ada masalah mental dan kad rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur.

“Siasatan lanjut juga masih dijalankan,” katanya. – MalaysiaGazette