Home Nasional Chalet mula dipenuhi pengunjung

Chalet mula dipenuhi pengunjung

Aktiviti pertanian fetegasi turut dilakukan di kawasan
KULAI –  Penggiat industri pelancongan termasuk pengusaha chalet, di sini, menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan rentas negeri bermula hari ini.
Perniagaan mereka terjejas terus diibaratkan seperti nyawa-nyawa ikan berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini bakal menerima pengunjung.
Pengerusi Koperasi Sri Sekawan Kulai Berhad, Jamaluddin Abdol Hamid berkata, kebenaran rentas negeri memberi sinar baharu untuk penggiat industri pelancongan meneruskan semula perniagaan mereka yang sudah lama terhenti.

Katanya, Chalet D’Cabin yang terletak berhampiran air terjun Gunung Pulai habis ditempah pada hujung minggu sepanjang Oktober ini.

Katanya, chaleyt yang dibina tujuh tahun lalu itu menjadi buruan pengunjung dari Johor Bahru, Pasir Gudang dan Iskandar Puteri yang mahu beriadah bersama keluarga di kawasan air terjun.

Pengunjung mula melakukan aktiviti riadah bersama keluarga setelah kebenaran rentas negeri dibenarkan hari ini.

C

“Sabtu dan semalam telah mula dipenuhi, tetapi saya lihat ramai orang masih berhati-hati, mungkin juga disebabkan anak anak mereka masih menerima satu dos atau masih menunggu tempoh matang vaksin,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Kampung Sri Gunung Pulai, di sini, hari ini

Terdapat empat kawasan Chalet D’ Cabin iaitu Jati, Merbau, Kulai dan Cengal dengan 16 unit chalet kesemuanya.

Jamaluddin memberitahu, koperasi itu telah membelanjakan RM40,000 untuk kerja-kerja pembaikan chalet setelah lebih setahun tidak beroperasi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya bercadang mewujudkan aktiviti pertanian fetegasi dan ternakan di Chalet D’Cabin dalam usaha menarik pengunjung dan membantu memnyediakan pendapatan sampingan kepada penduduk di situ.

“Kita tidak boleh bergantung daripada pelancongan semata-mata, kita khuatir juga ada varian baru. Ini (aktiviti pertanian fetegasi dan ternakan) kita mulakan dengan pertanian dan insyaAllah kita akan ke Felda Tenang untuk belajar ternakan ikan baung.

“Sekarang kita tidak boleh berpeluk tubuh dan tidak boleh nak terlalu selesa. InsyaAllah yang penting kita belajar, Chalet D’Cabin sebelum ini pernah menerima hampir 12,000 pengunjung sehari sebelum pelaksanaan PKP,” ujarnya. – MalaysiaGazette