Home Sukan Piala Dunia 2022 terakhir buat Neymar

Piala Dunia 2022 terakhir buat Neymar

Neymar. Foto Skysports.

LONDON – Neymar membayangkan Piala Dunia 2022 akan menjadi yang terakhir buatnya selepas dia bergelut untuk menangani tekanan bermain dalam peringkat antarabangsa, lapor Eurosport.

Penyerang Brazil itu bakal menamatkan karier antarabangsanya selepas kejohanan di Qatar tahun depan ketika dia hanya berusia 30 tahun.

Neymar membuat penampilan pertama buat Brazil pada 2010 dan menjaringkan 69 gol dalam 113 perlawanan buat negaranya.

Namun bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak tahu jika dia masih ada ‘kekuatan’ untuk meneruskannya.

“Saya rasa Piala Dunia 2022 adalah terakhir buat saya. Saya tidak tahu jika saya masih ada kekuatan minda berdepan bola sepak lebih lama.