Home Seni Hidup Kenapa dengki saya belum suntik vaksin? – Rita

Kenapa dengki saya belum suntik vaksin? – Rita

Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini rasa pelik kerana terus dihentam warganet gara-gara belum mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi hantaran di Instagram Story berkata, ibu tunggal dua anak itu juga bingung dengan tindakan segelintir pihak itu yang turut dirasakan dengki terhadapnya.

Bagaimanapun, Rita mendoakan mereka yang lengkap dua dos vaksin dan bercadang pulang ke kampung halaman selepas kebenaran merentas negeri dibenarkan mulai semalam supaya menjaga keselamatan diri.

“Saya doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.

Menurut Rita, apa yang penting buat dirinya kini adalah menjaga kesihatan dirinya berbanding keluar berjalan-jalan.

“Bagi saya, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in. Apa yang penting sekarang adalah kesihatan. Itu keperluan asas saya sekarang,” katanya.

Sebelum ini, Rita mengakui tidak kisah jika namanya digugurkan daripada terbabit dengan mana-mana penggambaran drama walaupun drama 100 episod sekali pun berikutan pendiriannya yang tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Namanya mula menjadi bualan netizen di media sosial apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStory memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, Rita turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.

Wanita kelahiran Perlis itu juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan.

Rita juga tidak bersetuju dia dikatakan sebagai antivaksin, tetapi tidak menjelaskan kenapa dia enggan mengambil vaksin Covid-19. – MalaysiaGazette